|
|
About This File
Laporan 999 mengenai serbuan JSJK (polis jabatan komersial) dan KPDNKK (kementerian perdagangan dan kepenggunaan) keatas club mlm scam.
FRIENDS CLUB 8282, STAR CLUB, FAMILY CLUB, ONE TEAM Akhirnya Diserbu Pihak Berkuasa Polis (JSJK) dan KPDNKK. Itulah antara tajuk yang anda dapat lihat di dada-dada akhbar hari ini.
Serbuan yang diberi nama OPS SERAMA yang melibatkan lebih 82 anggota penguatkuasa itu adalah antara yang terbesar terhadap Persatuan MLM Skim Cepat Kaya dalam satu-satu masa.
Dalam serbuan itu 100 orang ditahan terlibat sebagai upline skim cepat kaya tersebut. Selepas disoal siasat 59 daripadanya ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan.
Susulan tahanan tersebut, 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunapakai sebagai "Umpan" telah disita.
Sayang sekali apabila ramai ahli yang menyertai program MLM Scam ini datangnya dari golongan anak muda(20an-30an). Paling sedih kebanyakan daripada mereka yang tertipu adalah dikalangan kaki tangan kerajaan dan ada yang sudah pun meletak jawatan semata-mata untuk mengejar "kekayaan" yang dijanjikan.
www.Scammeralert.info adalah antara blog terawal yang telah memberi amaran keras tentang Potensi Besar persatuan/club ini akan SCAM.
Lihat sahaja lebih 640 komen pada topik FRIENDS CLUB disini : http://www.scammeralert.info/wp-admin/post.php?post=264&action=edit
Topik tersebut telah dibuat sejak bulan Desember tahun lepas lagi. Didalamnya terdapat lebih 640 komen yang kebanyakannya memberi amaran tentang kegiatan Kelab-kelab dibawah naungan Natstar iaitu FRIENDS CLUB, FAMILY CLUB, ONETEAM dan lain-lain lagi.
Topik-topik susulan juga banyak mendedahkan Club-club ini semakin tersepit dan menuju kearah yang salah.
Salah satu topik yang sangat jelas menunjukkan club ini akan gulung tikar ialah topik syarikat naungan mereka iaitu Natstar S/B telah dibatalkan lesen jualan langsungnya (AJL) oleh KPDNKK kira-kira sebulan yang lalu.
Boleh rujuk topik tersebut disni : http://www.scammeralert.info/lesen-ajl-akta-jualan-langsung-natstar-sb-dibatalkan-f-r-i-e-n-d-s-club-starclub-one-team-family-club-berhenti-operasi/
Ingin diingatkan bahawa tidak semua syarikat MLM adalah SCAM. Namun bila ada segelintir individu atau kumpulan yang menyalahgunakan pernigaan MLM untuk dijadikan platform Skim Cepat Kaya, maka inilah akibatnya.
Mereka yang terlibat awal mungkin tidak begitu kisah kerana kebanyakan mereka sudah pun balik modal dan untung, tetapi mereka yang baru melabur sudah tentunya mengabiskan sisa-sisa hidup dengan menanggung beban hutang.
sumber artikel -
http://www.scammeralert.info/friends-club-family-club-oneteam-akhirnya-diserbu-pihak-berkuasa
Category: People
Advertisement
Interactions
|
|||||














