Sample Video Widget

Download google chrome

New Post

Rss

Video Sidang Media Tergempar merumuskan MH370 hilang terhempas di tengah Lautan Hindi

Video Sidang Media Tergempar merumuskan MH370 hilang terhempas di tengah Lautan Hindi


Sidang Media Tergempar Merumuskan MH370 Hilang Terhempas dilautan Hindi.

PM Datuk Seri Najib dalam sidang media tergempar jam 9mlm 24hb Mac 2014 tadi merumuskan bahawa terdapat perkembangan terbaru dalam misi SAR. Melalui data terbaru tersebut MH370 dirumuskan telah menghala ke tengah lautan Hindi dan hilang atau terhempas disana.

Sidang media akan dilangsungkan esok bagi memberikan butiran lanjut mengenai perkara ini.

Terjemahan Teks penuh sidang media :

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan ( AAIB ). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat , syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini , mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan , dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi , barat Perth.

Ini adalah lokasi yang jauh , jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.

Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal . Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati , saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.
---------

Ringkasan oleh www.GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton video sidang media tersebut dibawah :-

Watch on Youtube :

Watch on Facebook :
Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hari Ke-7 14/03/2014 17:35 GMT+8

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hari Ke-7 14/03/2014 17:35 GMT+8



Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 17:35 GMT+8 14/03/2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media tebaru :-

- Hari ke-7. Kerja pencarian masih difokuskan kepada kerja pencarian dan kini semakin dierluas hingga kelautan Hindi.

- Jumlah aset turut serta dalam misi mencari dan menyelamat(SAR) hari ke-7 adalah 37 buah kapal laut dan 48 buat pesawat udara dari 13 buah negara semuanya.

- Menjawab spekulasi yang tersebar dari pihak berwajib tidak bernama dari Amerika Syarikat yang mengatakan kemungkinan pesawat MH370 meneruskan penerbangan(ke destinasi yang masih belum diketahui) sejurus terputus hubungan komunikasi, pihak Malaysia akan mengikut prosidur biasa yang telah ditetapkan iaitu menyiasat, mengumpul, menganalisis dan mengesahkan dahulu data yang didakwa dikalangan kumpulan penyiasat dan setelah disepakati barulah kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

- Namun pada sidang media kelmarin sudah diberitahu pihak Malaysia sudah bertanyakan kepada pihak
Rolls-Royce dan Boeing mengenai laporan data yang terus diterima oleh sistem monitor enjin Boeing dari pesawat setelah terputus hubungan dan mereka mengesahkan ianya tidak benar.

- Sejak hari Ahad lagi Pihak Malaysia telah bekerjasama dengan wakil rasmi dari Amerika yang sehingga kini masih menjalankan siasatan bersama di Kuala Lumpur.

- Sejak hari Rabu pihak Malaysia sudah pun mula berkongsi maklumat yang ada secara lebih terpeinci kepada rakan siasatan.

- Rakan siasatan dari luar masih melakukan penelitian dan pengesan kepada maklumat terpeinci tersebut namun pada masa ini belum ada kata putus atau satu kesimpulan akhir yang boleh dibuat.

- Sehingga saat ini pesawat masih 'hilang' dan kawasan pencarian telah dipeluaskan ke Keperairan Andaman, timur Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

- Melalui keputusan sampel, beberapa kesan tompokan minyak yang dijumpai diperairan Laut China Selatan juga setakat ini tidak menunjukkan ianya datang dari pesawat MH370.

- Pihak Malaysia masih menerima informasi dan data baru dari pelbagai sumber, dan pihak Malaysia sentiasa mengikut standet protokol yang telah ditetapkan iaitu
dengan membuat penegesahan dahulu dari mana data itu datang, setelah disahkan barulah ianya akan diambil tindakan yang sepatutnya.

- Kerjasama dari semua pihak termasuk rakan rasmi dari negara jiran masih terus berjalan dan pihak Malaysia masih terbuka kepada sebarang tawaran bantuan dan sokongan terutamanya dari pihak rasmi Antarabangsa dalam misi mencari pesawat MH370.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman penuh sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.

Jabatan Pelajaran Selangor arah 131 Sekolah Daerah Klang ditutup serta merta mulai hari ini.

Jabatan Pelajaran Selangor arah 131 Sekolah Daerah Klang ditutup serta merta mulai hari ini.


Jabatan Pelajaran Selangor telah mengeluarkan arahan kepada semua 131 buah Sekolah Daerah Klang untuk ditutup serta merta mulai hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

Menurut laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor(JPS), indeks pencemaran udara(IPU) Khamis malam Jumaat menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu lebih 325.

Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Mahmud Karim berkata arahan telah dikeluarkan oleh pihaknya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Klang berdasarkan pemantauan paras jerebu dikawasan terlibat.

Beliau menambah tempoh penutupan sekolah bergantung pada tahap bacaan IPU dikawasan terlibat dan ianya akan diumumkan kelak.


Tonton video laporan berita berkenaan dibawah ini :-

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hari ke-6 13-03-2014 17:32 GMT+8 KLIA

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hari ke-6 13-03-2014 17:32 GMT+8 KLIA


Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 pada 13hb Mac 2014 jam 17:132 GMT+8 di KLIA.

Antara intipati sidang media tebaru :-

1. Hari ke-6, aset sebanyak 43 buah kapal dan 40 buah pesawat udara digerakkan dalam kerja mencari dan menyelamat.

2. Kenyataan sebelum ini yang mengatakan pesawat MH370 dikesan meneruskan penerbangan sejurus terputus hubungan buat
kali terakhir, ianya adalah tidak tepat. Perkara ini baru sahaja disahkan oleh pihak Penerbangan Malaysia.

3. Pihak Rolls-Royce dan Boeing sudah bersama MAS dan pasukan penyasat sejak hari Ahad dan tidak pernah timbul isu
berkenaan adanya data yang diterima selepas terputusnya komunikasi MH370.

4. Gambar satelit yang diambil dan didakwa oleh pihak China itu bukan gambar serpihan MH370 dan pihak China sudah meminta
maaf mengenai perkara ini. Aset juga dikerahkan ketempat didakwa dan nyata tiada serpihan ditemui.

5. Pesawat MH370 diselenggara dengan sempurna dan berjadual. Selenggara terakhir adalah pada 23hb Feb 2013 dan akan datang
pada 19hb Jun 2014.

6. Kerja pencarian dikawasan Selat Melaka dipertingkat, penambahan aset sertai operasi mencari & menyelamat. Namun keutamaan misi pencarian masih
ditumpukan pada Laut China Selatan.

7. Data Mentah (Raw Data) dari radar ketenteraan selalunya tidak akan diberikan kepada pihak luar, namun dalam situasi sekarang keutamaan
lebih telah diberikan kepada misi mencari maka data ini telah dikongsi bersama rakan pasukan penyiasat termasuklah dari Amerika dan China.

8. Berita yang tersebar mengatakan pihak polis mengadakan siasatan keatas kediaman dan waris petugas dan krew pesawat MH370 adalah tidak benar.

9. Respon dari pihak Malaysia sehingga kini masih mengutamakan misi mencari dan menyelamat. Mengetuai misi dengan memberikan arahan kepada lebih 80 buah aset dari pelbagai negara. Tiada apa yang ingin disembunyikan dari pihak Malaysia. Data-data dalaman seperti data komunikasi MH370 akan diberikan kepada umum namun pada masa ini ianya terhad kepada rakan dan agensi penyiasat sehinggalah mereka selesai tugas menganalis data tersebut. 


Pihak Malaysia juga amat mengambil berat akan sensitiviti dan kebajikan keluarga penumpang MH370. Pihak Malaysia tidak akan sekali-kali merosakkan misi pencarian ini dan tidak akan sekali-kali menyerah kalah.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman penuh sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Pelabuhan Klang catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sangat Tidak Sihat

Pelabuhan Klang catat Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sangat Tidak Sihat


Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu 203 setakat 1 tengah hari tadi.

Portal IPU Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan 'tidak sihat' antaranya, Banting, Kuala Selangor (162), Nilai (162), Putrajaya (145), Batu Muda, KL (135), Petaling Jaya (135) dan Shah Alam (132).

Penduduk dikawasan terbabit dinasihatkan kurangkan aktiviti diluar dan sebaiknya menggunakan topeng muka apabila berada diluar.

Pandangan & Nasihat Baik & Benar dari Bekas Kapten Boeing 777 MAS

Pandangan & Nasihat Baik & Benar dari Bekas Kapten Boeing 777 MAS

Kapten Norudin Abd Majid - Bekas Ketua Juruterbang Boeing 777 Fleet MAS mengulas kes kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai sesuatu yang diluar daripada kebiasaan dan segala yang berlaku itu adalah dibawah kekuasaan Allah.

Doa dari Orang Soleh dan Ahli keluarga adalah antara jalan atau kunci kepada penyelesaian masalah ini, bertepatan dengan jalan yang ditunjukkan didalam Islam.

Tonton rakaman videonya dibawah ini :-

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 10-03-2014 20:11 GMT+8 KLIA

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 10-03-2014 20:11 GMT+8 KLIA



Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 pada 10hb Mac 2014 jam 20:11 GMT +8 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :

1. Kesan tompokan minyak yang dijumpai diperairan Kelantan disahkan bukan bahan bakar dari pesawat MH370 tetapi ianya sejenis bahan bakar yang biasa digunakan oleh kapal atau bot nelayan.

2. Lokasi pencarian dan menyelamat diperluaskan.

3. Dua individu yang menggunakan passport palsu dikenalpasi tidak mempunyai wajah orang asia.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 20:20 GMT+8 KLIA

Sidang Media Terkini Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 20:20 GMT+8 KLIA



*GuaTv.com hanya memaparkan maklumat rasmi dari laporan sidang media rasmi sahaja.

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 20:20 GMT +8 09hb Mac 2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :

1. Laporan terkini kerja-kerja mencari melibatkan aset 34 buah pesawat udara dan 40 buah kapal laut. Kesemua pesawat udara menangguhkan pencarian pada 7petang, namun kapal-kapal laut masih melakukan pencarian memandangkan kemampuannya dalam kerja-kerja pencarian pada waktu malam.
2. Pencarian diluaskan ke kawasan selat Melaka berikutan kemungkinan
MH370 berpatah balik.

3. Isu Paspot palsu masih dijalankan, namun tumpuan utama masih
ditumpukan pada kerja mencari pesawat MH370. Antara maklumat yang terbaru ialah dua penumpang itu membeli tiket pada masa yang hampir sama, punya turutan siri tiket yang berurutan, dibeli dari sumber yang sama menggunakan matawang yang sama iaitu matawang bhat (Thai Bhat).

4. Pihak berkuasa China masih belum memberikan sebarang laporan
rasmi kepada pihak Malaysia berkenaan berita mereka menjumpai
serpihan binaan yang disyaki bangkai pesawat.

5. Video CCTV penumpang terlibat kes pemalsuan pasport masih
dalam siasatan agen yang dilantik.

6. Pihak berkuasa masih menunggu hasil ujian sampel minyak
dari pihak berkuasa Vietnam yang diambil dari lokasi penemuan tumpahan minyak diperairannya samada sampel minyak tersebut datang dari pesawat MH370 atau sebaliknya.

7. Menjelaskan isu kapal selam yang ditimbulkan oleh orang awam

8. Sidang media ditangguh pagi esok, namun jika ada maklumat penting baharu
pihak media boleh dipanggil segera bila-bila masa.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Sidang Media Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 1300 GMT+8 KLIA

Sidang Media Kes Kehilangan Pesawat MAS MH370 09-03-2014 1300 GMT+8 KLIA


*GuaTv.com hanya memaparkan maklumat rasmi dari laporan sidang media rasmi sahaja.

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 1300 GMT +8 09 Mac 2014 di KLIA.

Antara intipati sidang media terbaru :
1. menyatakan penggunakan aset negara dan negara luar dalam kerja pencarian dan menyelamat yang kini telah diperluaskan.
2. menyatakan hanya dua penumpang yang telah disyaki menggunakan paspot palsu memperbetulkan kenyataan sebelum ini yang mengatakan ada 4 penumpang semuanya.
3. penjelasan maklumat atau data cctv yang mengaitkan 2 penumpang tersebut.
4. menjelaskan klu dan persoalan mengenai adanya kemungkinan pesawat MH370 melakukan 'turning-back' berpatah balik menuju ke KLIA.
5. sedikit penjelasan mengenai kerja baikpulih yang pernah dibuat terhadap pesawat MH370 dalam rutin penyelenggaraan berkalanya.

Ringkasan sidang media oleh GuaTv.com
Video kredit AstroAwani.

Tonton rakaman sidang media terkini kes kehilangan pesawat MAS MH370 dibawah:



Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Sidang media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 1124 GMT+8 KLIA

Sidang media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH370 1124 GMT+8 KLIA



BeritaSemasa@ www.GuaTv.com

Sidang Media terkini siasatan kes kehilangan pesawat MAS MH320 (11:24GMT +8 Kuala Lumpur time) di KLIA, 09 Mac 2014.

Antara intipati sidang media terbaru :
1. fokus dan tumpuan diberikan kepada kerja mencari pesawat
2. kesan minyak diperiran Vietman telah disahkan.
3. peluasan kawasan pencarian dipertingkatkan.
4. hargai kerjasama pihak keselamatan/kecemasan negara jiran.
5. kerjasama antara jabatan risikan dalam dan luar negara telah dijalankan secara rasmi.
6. lain-lain data dan maklumat yang belum rasmi masih dalam siasatan dan penilaian.

Tonton rakaman sidang media tersebut dibawah :


*kredit video AstroAwani.


Insya'Allah pihak guatv.com akan terus menyalurkan dan memanjangkan laporan-laporan rasmi mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari masa ke semasa.
Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here