Sample Video Widget

Download google chrome

Ustaz Nouman Ali Khan menjelaskan kekeliruan hukum menutup kepala dalam Quran

Ustaz Nouman Ali Khan(NAK) menjelaskan kekeliruan awam berkenaan hukum menutup kepala dalam Quran

Apa yang menarik dengan Bahasa Arab ialah terdapat lebih kurang 6 jenis perkataan
yang berlainan dengan makna menutup kepala.
Salah satunya ialah 'khimar'.

Antaranya lain seperti miqnaha, miqfar dan lain-lain yang setiap darinya bermaksud
menutup kepala tetapi dengan gaya dan had labuh yang berbeza.

Al-Quran menggunakan perkataan khimar dalam tuntutan menutup kepala.
Kebiasanaan bagi kita lebih senonim dengan hijab dalam erti bertudung dalam menutup
kepala wanita. Namun hijab dari segi istilah amnya bukan bermaksud penutup kepala. Ianya lebih tepat dalam maksud penghadang dan ia tidak digunakan dalam Quran dan orang Arab secara khusus dan tradisi.

Dalam Quran perkataan yang digunakan adalah khimar.
Apa yang dimaksudkan dengan khimar itu yang sememangnya difahami oleh komuniti arab semasa ayat ini diturunkan ianya memberi makna menutup kelapa, rambut dan bahagian lain.
Sebelum syariat itu hadir khimar perkataan sudah digunakan satu amalan menutup kepala seperti serban dan labuh hingga ke perut.

Malah maksud yang lebih dekat dengan khimar ialah wanita pada masa itu menutup kepala dan rambut yang ditocang kebelakang, dan Quran menambah ayat menuntut supaya penutup kepala itu turut dilaburkan dibahagian hadapan menutupi dada wanita.

(Isu ini sebenarnya sudah ada ulama yang menerangkan namun ada yang tidak mahu terima kerana tidak maklum akan penjelasan terpeinci berkenaan penggunaan bahasa arab dan situasi masyarakat dimana ayat ini diturunkan. Kebanyakan mereka yang keliru ini hanya mengambil versi terjemahan quran tertentu dan tidak mendalami makna ayat quran yang asal(arab).)

Saya(Ustaz NAK) lihat banyak kekeliruan ini berlaku kerana kurangnya perhatian dan kefahaman kepada makna bahasa yang asal(arab). Banyaknya terjemahan yang kurang mengambil berat isu ini akhirnya membuatkan seseorang beri kesimpulan drastik dan mengelirukan.
Semoga dengan sedikit penerangan ini dapat menjernihkan kekeliruan ramai, insyaAllah.

Terjemahan dan nukilan asal http://www.GuaTv.com <3

kredit Ustaz NAK dan DOPS channel. Tonton video dibawah :-



Ustaz Nouman Ali Khan(NAK) menjelaskan kekeliruan awam berkenaan hukum menutup kepala dalam QuranApa yang menarik dengan Bahasa Arab ialah terdapat lebih kurang 6 jenis perkataanyang berlainan dengan makna menutup kepala.Salah satunya ialah 'khimar'.Antaranya lain seperti miqnaha, miqfar dan lain-lain yang setiap darinya bermaksudmenutup kepala tetapi dengan gaya dan had labuh yang berbeza.Al-Quran menggunakan perkataan khimar dalam tuntutan menutup kepala.Kebiasanaan bagi kita lebih senonim dengan hijab dalam erti bertudung dalam menutupkepala wanita. Namun hijab dari segi istilah amnya bukan bermaksud penutup kepala. Ianya lebih tepat dalam maksud penghadang dan ia tidak digunakan dalam Quran dan orang Arab secara khusus dan tradisi.Dalam Quran perkataan yang digunakan adalah khimar.Apa yang dimaksudkan dengan khimar itu yang sememangnya difahami oleh komuniti arab semasa ayat ini diturunkan ianya memberi makna menutup kelapa, rambut dan bahagian lain.Sebelum syariat itu hadir khimar perkataan sudah digunakan satu amalan menutup kepala seperti serban dan labuh hingga ke perut.Malah maksud yang lebih dekat dengan khimar ialah wanita pada masa itu menutup kepala dan rambut yang ditocang kebelakang, dan Quran menambah ayat menuntut supaya penutup kepala itu turut dilaburkan dibahagian hadapan menutupi dada wanita.(Isu ini sebenarnya sudah ada ulama yang menerangkan namun ada yang tidak mahu terima kerana tidak maklum akan penjelasan terpeinci berkenaan penggunaan bahasa arab dan situasi masyarakat dimana ayat ini diturunkan. Kebanyakan mereka yang keliru ini hanya mengambil versi terjemahan quran tertentu dan tidak mendalami makna ayat quran yang asal(arab).)Saya(Ustaz NAK) lihat banyak kekeliruan ini berlaku kerana kurangnya perhatian dan kefahaman kepada makna bahasa yang asal(arab). Banyaknya terjemahan yang kurang mengambil berat isu ini akhirnya membuatkan seseorang beri kesimpulan drastik dan mengelirukan.Semoga dengan sedikit penerangan ini dapat menjernihkan kekeliruan ramai, insyaAllah.Terjemahan dan nukilan asal http://www.GuaTv.com <3kredit Ustaz NAK dan DOPS channel.
Posted by Pencetus Ummah on Saturday, January 9, 2016


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here