Sample Video Widget

Download google chrome

Hepotesis Sheikh Imran Hosein WW3 Russia RUM dan Yakjuj Makjuj

Sheikh Imran Hosein (SIH) merupakan penulis kepada buku best seller "Jurusalem in the Quran" (sudah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia - Jurusalem di dalam Quran) merupakan antara pelopor ilmu Akhir Zaman (Islamic Eschatology) ketika ini dalam beberapa ceramahnya ada menyatakan perang dunia ke-3 (WW3) berkemungkinan boleh meletus bila-bila masa dalam masa setahun atau kurang.



Biodata lanjut beliau boleh google atau boleh lihat dalam pautan ini (http://syeikhimranhosein.blogspot.my/2012/07/biodata-syeikh-imran-hosein.html)

Manhaj beliau adalah seorang sunni bermazhab hambali, atau lebih dekat pada deobandi. Namun beliau kerap mengatakan beliau tidak mahu dilabel dengan mana-mana mazhab, kumpulan atau jemaah. Cukup sekadar mengatakan beliau sebagai seorang muslim, orang Islam.

Ramai yang menyatakan beliau sufi malah adalah yang kata syiah melihat beberapa pandangan beliau terhadap satu-satu isu. Namun bila kita lihat pada nasihat dan saranannya beliau tidak pernah menunjukkan atau menyarankan amalan-amalan mengarut malah beliau selalu menegaskan amalan sunnah yang diterima secara universal, bermaksud amal sunnah yang diterima dan disepakati sama oleh majoriti ulama muktabar.

Begitu juga dengan bab penyatuan ummah. Beliau ada menyarankan formula dalam penyatuan sunni-syiah, sufi-salafi yang rasional yang sepatutnya boleh diterima dan diaplikasikan iaitu penyatuan dalam jemaah masjid yang hanya mengamalkan amalan sunnah universal, dan jika ada yang mahu mengamal amalan diluar sunnah universal boleh buat amalan tersebut secara privasi dan tertutup.

Berbalik pada hepotesis SIH berkenaan WW3 atau apa yang senonim dipanggil Malhamah Al Qubra, beliau berpendapat senario geopolitik dunia ketika ini sudah semakin memuncak sehingga boleh tercetusnya WW3. Ini ditambah dengan alamat yang beliau terima secara peribadi iaitu melalui mimpi suasa WW3 yang sama dalam beberapa kali. Ianya persis dengan apa yang pernah dialami semasa kejadian runtuhnya menara berkembar di New York pada 11hb September 2001.

Pada masa itu beliau turut bermimpi senario sama dan selang dua tahun dari mimpi kejadian itu berlaku. Maka beliau menganggarkan ada kemungkinan WW3 boleh berlaku dalam tempoh dua tahun sejak dari beliau dapat mimpi pada tahun 2014. Bagaimanapun beliau tegaskan ianya bukanlah sesuatu yang beliau biasa buat iaitu berkongsi hal mimpi dan dalam Islam mimpi ini sememangnya tidak boleh dibuat hujah hanya untuk manfaat, amal dan muhasabah diri sahaja namun beliau berkongsi supaya boleh menjadi satu peringatan penting buat mereka yang mahu ambil kisah.

Dari segi ilmiah beliau sudah banyak kali mengulas hal pertembungan geopolitik dan geostrategik puak kiri kanan blok Barat di Timur Tengah yang fokus pada konflik di Turkey-Syria dan Ukraine-Crimea ketika ini.

Dalam pertembungan kuasa kiri kanan blok barat di tempat panas tadi, beliau dilihat cenderung memihak kepada Russia sebagai pihak yang dapat mengekang kemaraan pihak yang dilabel sebagai Yakjuj Makjuj (Gog Magog).

Ada beberapa hujah yang beliau fikir menyokong pendiriannya. Pendiriannya yang menyatakan kemungkinan Russia itu berkemungkinan besar akan menjadi RUM yang dinyatakan dalam didalam hadis bahawa mereka akan bergabung dengan tentera muslim diakhir zaman dan dijanjikan kemenangan dalam melawan musuhnya.

Ada yang mempersoalkan RUM sudah tidak wujud sejak ianya ditumbangkan oleh Sultan Muhammad Fateh pada tahun 1453M. Namun beliau menyatakan RUM yang merujuk pada Kuasa Kristian Ortodox itu tidak hilang atau musnah. Malah dalam sejarah sebahagian dari mereka telah berhijrah ke Moscow membina kuasa disana malah mereka sendiri ada membuat pengumuman bahawa RUM kini berada di Moscow pada ketika itu.

Walaupun ada dikalangan gereja (Cathedral) Kristian Ortodox dibahagian Timur Eropah lain yang tidak bersetuju malah mengaku sebagai RUM yang baharu namun dari segi kekuatan dan kuasa politik Moscow lebih mendominasi ditambah dengan pengaruh Tzar di Moscow(pada ketika itu) yang merupakan antara susur galur Maharaja Heraclius iaitu Maharaja Empayar RUM Timur Byzantine.

Polisi Russia yang dibawa oleh Putin ketika ini yang meletakkan agama Kristian Ortodox ditempat yang tinggi sebagai penasihat dalam membuat keputusan dan rundingan memberi gambaran bahawa Russia kini kembali kepada negara yang memelihara ruh. Tidak seperti Russia dizaman Soviet yang ramai dari kita tahu ianya dibawa oleh golongan tertentu bagi menjatuhkan dan menghapuskan susur galur Tzar dari Russia.

Ibu Putin seorang yang cenderung pada Kristian Ortodox pernah membawa Putin ketika masih kecil ke gereja untuk di babtis, tanpa pengetahuan ayah Putin. Walau dizaman kecil dan remajanya Putin cenderung mengikut bapanya, namun setelah apa yang terjadi kepada Russia dibawah Soviet telah menyedarkan Putin yang nyata kini lebih dekat pada jiwa ibunya yang mementingkan agama. Maka ianya kita tidak boleh samakan Russia pada zaman Soviet dengan Russia hari ini.

Bagaimana dengan polisi Russia dengan jihadis muslim? Pertamanya sudah tentu Russia lebih mementingkan kepentingan negara dan rakyaknya, maka kalau diancam dan diserang sudah tentu Russia akan bertindak balas. Keduanya Russia juga faham akan percaturan dan penglibatan samada secara langsung atau melalui agen dan proxy puak kiri kanan barat dalam pergerakan-pergerakan kumpulan jihadis maka sekali lagi sebarang provokasi dari kumpulan ini terhadap kepentingan Russia boleh mengundang reaksi balasnya.

Russia tiada masalah menerima orang Islam dinegaranya. Walaupun ada dikalangan orang Russia dan Kristian disana yang tidak selesa dengan orang Islam ianya tidak mengubah pendirian Russia dan Ortodox Kristian amnya yang tetap terbuka kepada orang Islam yang baik dan taat pada agama serta membawa mesej keamanan dan kasih sayang. Buktinya beberapa bulan lalu Putin sendiri telah merasmikan Masjid terbesar di Moscow Russia.

Kenapa Russia kini tidak dilihat sebagai sebagian dari puak yakjuj dan makjuj?
Russia bukanlah pihak yang mahukan peperangan kecuali betu-betul diancam kepentingannya dengan satu tindakan yang nyata tidak adil. Russia bukanlah pihak yang sentiasa mahukan memperluaskan pengaruh dan kawasan jajahan dan bina pengkalan-pengkalan tentera diserata dunia. Kes di Crimea itu lain, Russia masuk kesana kerana majoriti (lebih 90%) rakyat Crimea sendiri mahukan Russia ambil mereka. Belainan dengan pendekatan puak kiri kanan Barat. Masuk negara orang mula-mula tawar gula-gula, pemerintahan demokrasi, wang kertas dan sistem kewangan antarabangsa, PBB, kalau tak mau ikut kehendak kami kamu bukan sebahagian dari kami. Makanya kalau pemimpin satu-satu negara tak setuju maka mereka(Barat) pun beri bantuan kepada pihak pembangkang untuk gulingkan penguasa, kalau tak berjaya juga hantar hitman, buat falseflag, sekatan ekonomi, akhirnya hadirkan perang. Russia yang ada sekarang tak main cara ini.

Namun jika Russia benar-benar diprovoke sehingga tercetusnya perang dunia ke-3, maka pada masa itu satu dunia akan menjadi zon perang dan tiada lagi istilah oh sini kawasan orang awam kerana itulah hakikat zon perang, apatah lagi perang dunia yang akan disaksikan nanti jika benar akan tercetus tidak akan pernah disaksikan oleh sejarah manusia sebelum ini iaitu perang nuklier besar-besaran. Seperti yang digambarkan didalam Al-Quran apabila sampai waktu itu tidak ada satu bandar yang akan selamat dari dimusnahkan dan mereka yang terselamat akan mendapat hukuman yang berat(mereka yang terselamat dibandar akan cenderung berkalu huru hara, anarki, keganasan, masing-masing terdesak teruskan hidup dalam sukarnya mendapatkan sumber air, makanan dan ubat dikala wabak penyakit semakin tersebar). Nauzubillah min zalik.

Selain daripada hujah diatas SIH juga melihat watak Russia ketika semakin persis kepada khabar yang diberitakan dalam Al-Quran didalam Surah Al-Kahf. Kisah Dzulqarnain iaitu kisah pemerintah yang diberkati Allah dengan ilmu dan kekuasaan. Menggunakan kuasa yang dikurniakan dengan baik iaitu memberikan ganjaran kepada mereka yang berbuat baik dan menghukum mereka yang menindas. Malah diceritakan walau Dzulqarnain tidak membunuh yakjuj dan makjuj tapi mampu mengekangnya.

Dzul Qarnain yang juga merujuk pada dua zaman ditakwilkan oleh SIH satu zaman ianya sudah berlalu pada masa lalu dan satu zaman lagi akan berlaku diakhir zaman, senonim dengan surah Al-Kahf sebagai surah petunjuk akhir zaman. Sejarah bakal berulang. Akhir zaman nanti apabila umat Islam menjadi umat yang asing, umat yang dilihat ketinggalan, mundur, kolot dan tertindas akan mendapat bantuan dari watak DzulQarnain dalam mengekang kemaraan dan kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj Makjuj. Peristiwa ini juga boleh jadi satu simbolik nusratullah kepada golongan yang ditindas tadi yang mana ianya boleh berlaku apabila kedua pihak menyedari akan haq dan bergabung. Wallahualam.

Admin kira cukup setakat ini dulu, masih ada banyak lagi yang boleh dibincangkan dan sudah tentunya hepotesis yang dibentangkan ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan boleh dibincangkan secara ilmiah. Bersambung pada episod yang akan datang, insyaAllah nanti cerita pasal pandangan SIH berkenaan Dajjal pula yang mana pendapatnya inidividu ini tidak akan mendapat status dajjal (Al Masih palsu) selagi ianya tidak diakui sendiri oleh umatnya yang sudah menunggu lebih 3000 tahun iaitu orang-orang yahudi. Tidak digelar Dajjal(Al Masih Palsu) selagi individu ini tidak duduk di Haikal Sulaiman di Israel yang pada ketika itu telah membawa pemerintahan dunia ke Jurusalem. Dajjal tidak boleh mempunyai 70,000 pengikut jika dia belum disahkah sebagai Al-Masih(palsu) oleh pengikutnya. Hanya apabila misinya sudah selesai baru ia diiktiraf sebagai Al Masih(hakikatnya al masih palsu) oleh umatnya yang sudah tentunya pandangan ini disokong oleh Al-Quran dan Hadis.

Tonton video dibawah:-




Kredit : video uploader asal di youtube.
             Penceramah : Sheikh Imran Hosein
             Nukilan dan komentari asal GuaTv.com

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here