Sample Video Widget

Download google chrome

Duit Syiling Lama berusia ratusan tahun antara yang berjaya ditimbulkan di Kota Tinggi, Johor.

Setelah cerita cari gali harta lama milik kesultanan Melaka di Pulau Nangka semakin sepi, kini timbul pula cerita mengenai harta dan duit syiling lama di Kota Tinggi, Johor.

Berikut adalah beberapa hasil kerja cari gali/
ekskavasi yang telah dimulakan dilapangan sejak kelmarin :





Ceritanya bermula apabila sekumpulan/rombongan 12 buah kereta yang terdiri daripada ramai anak muda telah pergi ke
Kota Tinggi, Johor membuat kajian lapangan setelah melakukan kajian mengenai duit dinar emas Melaka. Kajian intensif mereka telah membawa mereka kepada lokasi tapak di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Semenjak kerja ekskavasi dilakukan beberapa hari lalu, sejumlah matawang lama berusia beratus tahun telah berjaya dikeluarkan.

Terdapat ahli dan individu didalam kerja cari gali ini sememangnya sudah berpengalaman dalam hal sejarah matawang lama, antaranya ialah
seorang pakar pencari wang lama di Johor, tuan Raja Kamarazaman. Gambar diatas adalah antara yang beliau temui sendiri, belum hasil orang lain lagi. Gambar dinar emas diatas juga adalah antara koleksi syiling lama beliau.

Dikhabarkan 
tuan Raja Kamarazaman akan menjadi salah seorang pembentang didalam program HIKMAH yang telah dimulakan oleh seorang aktivis sejarah dan penulis bebas Merah Silu.

Program HIKMAH yang akan datang ini akan diadakan di Pagoh pada 8hb November 2014. 
 Raja Kamarazaman akan bergandingan bersama Puan Norbaini Hassan membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Kehilangan dinar Melaka - Usaha Meminggirkan Kuasa Ekonomi Sebenar Melayu?". Sesiapa yang ingin bertemu dan berkongsi info serta pengalaman sejarah matawang boleh la hadir ke acara HIKMAH tersebut.

Rentetan dari kerja ekskavasi Kampong Tembioh ini, Harry Lord, seorang anak muda yang turut serta dalam rombongan tersebut telah membuat satu group "
PEWARIS KERAMAT" sebagai usaha menghimpunkan peminat serta gerak kerja dalam memelihara serta memulihara tapak-tapak bersejarah Tanah Melayu.

*Kredit kepada 
Raja Kamarazaman, Merah Silu, Harry Lord, Dean Mentari dan mereka yang terlibat, (dengan keizinan). Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here