Sample Video Widget

Download google chrome

Tragedi MH17 : Bagaimana ia boleh berlaku atau Kenapa ia harus berlaku?


Alhamdulillah, satu huraian dan perkongsian yang baik sebagai santapan ramadhan ini. Utamakan yang utama kerana disebaliknya punya hikmah dan rahmat. 



Youtube video Embed:



Sedang ramai daripada kita baru hendak membuka buku apa yang berlaku di Ukraine, sudah pun ada ulama atau ilmuan Islam sendiri yang menyusuri naratif konflik yang berlaku disana dan menghubungkannya dengan petunjuk akhir zaman melalui Al-Quran dan hadis, lalu menasihati umat hari ini agar bagun dari tidur, tatkala ramainya ulama dan ilmuan lain masih selera makan roti canai dan minum teh tarik tanpa menyedari bahawa mereka sedang berada diambang Al-Malhamah.

Susulan daripada peristiwa MH17 yang sememangnya kita simpati, sedih, dan kesali, banyak persoalan telah ditimbulkan. Banyak daripadanya menjurus kepada persoalan teknikal yang menghala kepada pencarian bukti dilapangan bagi menjawab persoalan bagaimana ianya boleh berlaku dengan harapan daripada bukti tersebut pihak bertanggungjawab dapat dikenalpasi seterusnya dipersalahkan dan dihukum. 

Itu adalah kaedah dan 'standard' prosidur biasa dalam usaha kita mencari jawapan, namun kaedah dan standard ini sebenarnya satu bentuk 'lagging' indikator, lambat dan mudah dimanipulasikan jika kita bergantung hanya kepada petunjuk ini sahaja.

Wujudkah indikator lain yang lebih benar dan baik? Sudah tentunya ada, kita boleh saja lihat pada data sejarah lampau yang berkaitan dengan subjek, siapakah pihak yang berkemungkinan mendapat kelebihan dan faedah daripada peristiwa tersebut dan yang paling utama sudah tentunya dengan merujuk kepada sumber yang benar dan tulin yang mana bagi kita umat Islam Al-Quran itulah petunjuk utama kita dan hadis sebagai petunjuk sokongan utama.

Al-Quran adalah 'leading' indikator, petunjuk yang paling utama dalam menerangkan dan memberi jawapan keatas apa yang telah, sedang dan akan berlaku diakhir zaman, zaman yang sedang kita susuri hari ini. 'Lagging' indikator yang bersifat teknikal dan saintifik hanya sebagai sokongan tambahan yang seharusnya kita dengan bijak menapisnya bersama 'leading' indikator tadi.

Apabila kita susun aturan ini dengan betul maka soalan terpokok bukan lagi bagaimana perkara ini boleh berlaku tetapi kenapa ianya harus berlaku?

Kenapa ianya harus berlaku di Ukraine? Apa keperluan mendesak yang mengharuskan ianya berlaku disana saat ini? Ada tak jangkaan awal yang pernah dilepaskan mengenai kemungkinan perkara besar seperti ini berlaku disana?
perlu diingat kesemua soalan-soalan seperti ini haruslah dijawab menggunakan sumber petunjuk utama dahulu kemudian barulah disusuli dengan petunjuk sokongan yang lain.

Jika kaedahnya betul, kita bukan sahaja beroleh penerangan dan jawapan kepada persoalan kita, malah ianya juga dapat memberikan petunjuk kepada respon yang sepatutnya, jalan yang diredhoiNYA dunia akhirat, insyaaAllah.

Wallahualam.
*Kredit FB KhairulazmiMohamed dan para komentar.

Boleh juga tonton video penuh dibawah:-

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here