Sample Video Widget

Download google chrome

Pokok Buah Tin di Malaysia

Awal bulan ini kecoh bila pokok kurma yang ditanam di Malaysia telah mengeluarkan buah yang lebat. Namun ada satu lagi buah yang barokah dari timur tengah telah bejaya ditanam di Malaysia malah tumbuh subur dan berbuah lebat.

Pokok tersebut adalah Pokok Buah Tin.




Allah swt dalam Al-Quran bersumpah dengan nama buah tin : "Demi Buah Tin dan Zaitun" (Ayat pertama Surah At-Tin).

Nama buah tin turut tersemat dalam satu hadis Rasulullah swt yang berbunyi "Jika Aku mengatakan ada buah yang turun dari surga maka inilah buahnya(Tin)".

Umum mengetahui buah tin adalah buah yang subur disemenanjung arab dan juga di Turkey selaku pengeksport terbesar.

Selain di Timur Tengah, buah tin juga sudah mula ditanam dan dikomersialkan dari Amerika Utara hinggalah ke negara Jepun.

Siapa sangka buah tin ini juga mampu hidup di Malaysia. Hari ini sudah ada beberapa pengusaha yang menanam dan mengkomersialkan buah ini di Malaysia.

Thailand dan Indonesia antara negara jiran beriklim tropika yang lebih awal membuka langkah serupa.

Ikuti laporan khas "Buah Tin" oleh Majalah Islam yang disiarkan TVAlHijrah pada 25hb Jun 2014.

Ringkasan oleh  www.GuaTv.com 


Tonton video pokok tin di Malaysia dibawah :



.



1 comments:

  1. Alhamdulillah sudah banyak negara2 di nusantara yang membudidayakannya.
    Semoga berkah..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here