Sample Video Widget

Download google chrome

Syling Emas Majapahit Harta Karun Pertama berjaya ditemui di Pulau Nangka





Kerja-kerja cari gali/ekskavasi yang telah dilakukan sejak berbulan/tahun akhirnya menerima sedikit harapan apabila disaat-saat akhir peluang kerja pencarian buat syarikat yang dilantik iaitu Smart Partnership International Sdn Bhd akhirnya berjaya menjumpai syiling emas lama pertama sebelum kepingan ke-2 ditemui selang 5minit selepasnya.

Dengan penemuan ini kontrak ekskavasi yang diberikan kepada Smart Partnership International Sdn Bhd yang sepatutnya berakhir semalam kini dilanjutkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Melalui teknik imbasan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan mereka dapat mengenal pasti 96 buah peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas berada didalam satu ruang kosong dibawah lubang yang dijumpai syiling emas malam tadi.


Syiling emas itu dikatakan dibuat oleh kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang tertera diatasnya. Jika peti besi berkenaan benar-benar wujud dan berjaya dikeluarkan maka ianya adalah satu bukti nyata yang membenarkan kisah khazanah kesultanan Melaka yang disembunyikan di Pulau Nangka.


Sumber : Astro awani. ♥

Ringkasan berita : www.GuaTv.com


Tonton videonya dibawah:


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here