Sample Video Widget

Download google chrome

Full video (part1 & 2) Kisah Tamim Ad Dari bertemu Dajjal





Tamim Ad Dari r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw.

Sebelum beliau memeluk Islam beliau adalah seorang penganut agama Nasrani @ Kristian.

Beliau memeluk Islam setelah mengalami satu pengalaman yang sangat besar buat dirinya iaitu bertemu dengan Dajjal Al Masih disebuah pulau.

Pulau dimana beliau dan sahabatnya telah terdampar setelah sebulan kapalnya dibawa oleh ribut.

Sekembalinya mereka ke tanah Arab, seraya mereka bertemu dengan Rasulullah saw mengenai pengalaman mereka.

Lalu Rasulullah saw mengesahkan apa yang mereka alami itu adalah satu kebenaran. Selepas daripada itu Tamim Ad Dari pun memeluk Islam.

Hadis Tamim Ad Dari ini ada menceritakan Dajjal itu digari disebuah pulau, pulau yang jauh jaraknya sebulan perjalanan laut dari Tanah Arab, dan pulau yang didalamnya terdapat pakar pengintip yang sukar untuk dikenali.

Kisah didalam hadis Tamim Ad Dari ini, bila digabungkan dengan beberapa lagi hadis yang antaranya hadis hidupnya Dajjal selama 40hari dibumi setelah ianya dilepaskan daripada ikatan rantainya.
Serta sokongan beberapa ayat Al-Quran yang menyentuh sebuah kota yang Allah telah binasakan dan penduduknya tidak dibenarkan kembali kesana sehinggalah Yakjuj dan Makjuj itu turun dari tebing-tebing tinggi dari pelbagai arah.

Didalam video ini ada dinyata satu pendapat berdasarkan hadis dan ayat Al-Quran mengenai pulau yang dimaksudkan didalam kisah Tamim Ad Dari itu.

Wallahualam.

Semoga mendapat manfaat.

*Kredit video dan visual asal oleh channel IslamHDTube.
*Terjemahan www.GuaTv.com ♥


Tonton videonya dibawah :

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here