Sample Video Widget

Download google chrome

Kisah Jamie bekas model Amerika yang memeluk Islam


Adakah kisah Jamie ini ada kaitan dengan Felixia Yeap yang kini berhijap dan mahu lebih dekat kepada Islam? Wallahualam.

Kisah Jamie memeluk Islam ini pernah admin hadirkan dalam facebook page GuaTv Dot Com beberapa bulan yang lalu. Namun dalam video ini admin sudah sertakan sarikata bahasa Melayu
supaya lebih ramai yang boleh faham akan luahan hati serta mesej yang ingin disampaikan oleh saudari baru kita Jamie.

Seperti Felixia, Jamie juga seorang bekas model playboy yang sering dilihat ramai sebagai kerjaya idaman yang penuh glamor.

Namun disebalik kerjaya tersebut Jamie sebenarnya tidak pernah mendapat ketenangan dirinya, malah kerjaya tersebut telah mendesaknya untuk terlibat dengan cara hidup yang tidak sihat seperti meminum arak dan mengambil dadah.

Sehinggalah beliau bertekad untuk berhenti dan mencari kehidupan baru yang lebih bermakna. Kehadiran anak lelakinya menambahkan lagi kekuatannya dalam mengejar kehidupan yang lebih bermakna.

Sehinggalah belau mengkaji dan akhirnya memeluk Islam. Sejak itu Jamie sudah tidak toleh kebelakang malah berbangga berpakaian muslimah, berhijab dan menyebarkan syiar Islam.

Beliau merasa kagum dengan Islam yang memelihara kehormatan kaum wanita. Kerjayanya sebelum ini telah membuka mata kepalanya sendiri bahawa kehidupan glamor yang palsu diluar hanya melihat wanita itu tidak lebih daripada satu simbol dan alat sahaja.

Keunikan agama Islam yang memelihara dan mengangkat mertabat wanita telah membuatkannya jatuh cinta lantas membawanya mengucap dua kalimah syahadah.

Sepanjang hidup beliau tidak pernah sekali pun terlintas untuknya memeluk Islam. Semuanya kerana percayanya beliau kepada media yang banyaknya menggambarkan Islam itu agama yang jahat. Ramai kenalannya juga menyatakan rasa tidak percaya bahawa beliau sanggup melepaskan kehidupan mewah dan glamor semata-mata kerana mahu menjadi seorang Muslim.

Kini Jamie bangga berhijab, beliau tidak merasa sedikit pun malu atau takut akan cemuhan orang malah beliau bangga dan mahu orang lain tahu yang dia kini seorang Muslim. Beliau mahu memberitahu kepada semua orang bahawa Allah swt itu wujud dan Islam itulah agama yang benar.

Masya'Allah, semoga Jamie terus istiqamah dan semoga amalan dan usaha dakwah beliau mendapat keredhoaan dan keberkatan-NYA didunia dan diakhirat. Insya'Allah.

*Bebas Share.

Tonton video kisah Jamie memeluk Islam disini :-

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here