Sample Video Widget

Download google chrome

Bapa tuntut 1 Juta Facebook Likes sebagai syarat Mas Kahwin

Seorang bapa telah menuntut 1 juta facebook likes sebagai syarat mas kahwin menikahi anak perempuannya.

Menurut satu laporan media arab, Salem Ayash, seorang pengguna facebook tinggal di Barat Yaman meletakkan syarat tersebut sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga mas kahwin yang tinggi ditempatnya.
Facebook page yang dibuatnya itu adalah salah satu usahanya menentang trend kenaikan wang mas kahwin yang semakin meningkat yang menyebabkan ramai pemuda ditempatnya lewat kahwin akibat kerana tidak mampu.

Sehingga artikel ini ditulis facebook pagenya telah mendapat 27 ribu lebih likes.

Salem Ayash tidak meletakkan syarat tempoh maksima bagi memenuhi kuata 1 juta likes. Lagi cepat capai sasaran lagi cepat anaknya boleh dinikahi.

Tindakan Salem Ayash telah mendapat pelbagai reaksi terutamanya dari sahabat bakal pengantin. Ada yang menyokong dan ada pula yang kurang senang kerana tindakannya dianggap mempergunakan anaknya bagi meraih populariti.

Siapa yang berhajat untuk like boleh berbuat demikian difacebook page beliau diini : https://www.facebook.com/ssalmayyash

Ikuti perbincangan topik ini difacebook page GuaTv Dot Com disini : http://goo.gl/BhEfgE

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here