Sample Video Widget

Download google chrome

Bandar Rawang Banjir Kilat 24hb Disember 2013

Berikutan hujan lebat pagi Selasa, bandar Rawang dinaiki air yang menyebabkan ribuan penduduk di sekitarnya terkandas.

Menurut laporan Bernama, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang berkata hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang melimpah ke kawasan sekitar.

“Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang” katanya kepada pemberita.

Beliau turut memaklumkan air mula naik kira-kira 6 pagi tadi.

Mereka yang bercadang untuk melalui laluan berkenaan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here