Sample Video Widget

Download google chrome

Alternatif cara hidup yang baik yang boleh dijadikan contoh


Hidup dizaman yang semakin mencabar dan menekan terutamanya mereka yang tinggal dibandar dan sekitarnya membuatkan ramai daripadanya menjadi gusar.

Kerap kali mereka ini akan  sampai ke satu persimpangan dilema. Samada mahu berjuang dan meneruskan gaya hidup mengikut tren yang popular yang ditawarkan ataupun berpusing melawan arus memilih kehidupan yang lebih baik dan sihat.




Adalah menjadi fitrah buat sesiapa sahaja untuk bangkit berjuang mempertahankan hak mereka. Bagi mereka yang berjiwa pejuang(fighter) sudah tentunya mereka tidak akan menyerah sebaliknya cuma bangkit untuk melawan pihak yang zalim dan menindas. Ini adalah fitrah manusia iaitu merupakan satu hukum alam yang semulajadi. Jika kita berlaku zalim dan menindas ataupun kita bersama mereka yang zalim ini, akan sampai satu masa kita akan menerima tentangan dan balasannya. Hanya masa yang menentukan cepat atau lambat.

Bagaimanapun bagi mereka yang cenderung kepada pendekatan yang lebih lembut dan berhikmah, masih ada alternatif buat mereka.

Ada sesetengah pakar motivasi sendiri memberikan penekanan terhadap pemikiran positif. Sentiasa berfikiran positif dan lebih tumpukan kepada peningkatan dalam produktiviti. Namun adakah saranan ini baik dalam erti kata memberikan penyelesaian yang ideal terutamanya untuk jangka panjang? Mereka mencadangkan ikut sahaja rentak tren sediada. Jika ada kenaikan harga barang tak usah pikir negetif, kita serap tekanan itu dan pikir yang positif sahaja. Sebaliknya kita tingkatkan lagi usaha dan produktiviti. Memang boleh membantu, memang boleh kita menjana ribuan, malah kita boleh sahaja menjana jutaan ringgit, namun adakah perkara ini dapat mengatasi masalah pokok yang sebenar?

Mereka berkata tentang, "Problem > Reaction > Solution" atau bahasa Melayunya, "Masalah > Riaksi > Penyelesaian". Kebanyakan penyelesaian yang ditawarkan masih didalam ruang lingkup tren masalah yang asal.

Kerap kali penyelesaian jenis ini hanyalah bersifat sementara dan tanpa disedari hanya mengakibatkan masalah pokok yang utama itu terus berjalan dan bertambah. Sampai satu masa masalah pokok yang sentiasa bertambah(compounding) ini, yang sentiasa diabaikan tanpa penyelesaian mutlak, ianya akan meletus dan mengakibatkan kesan yang lebih buruk dan besar.

Salah satu penyelesaian alternatif yang baik ialah menjalani kehidupan sederhana yang melawan arus kepada masalah utama, satu cara hidup yang lebih mampan.
Omputih cakap "against the trend", atau lebih baik "living off the grid" iaitu tinggal dikawasan pedalaman jauh dari kemudahan asas moden.

Kurangkan sebanyak mungkin kebergantungan kepada apa yang ditawarkan oleh para kapitalis terutamanya.

Hidup dalam momentum yang kekal sederhana, namun berterusan.
Tetap perlu bekerja dan tetap perlu berfikir namun pada kadar yang tidak membebankan diri sendiri. Inilah formula kepada awet muda, membentuk jiwa rohani dan jasmani yang lebih tenang.
Masa kerja yang fleksible, cukup untuk menyara keperluan diri dan keluarga.

Punya masa rehat yang cukup, dan punya masa besama keluarga dan juga ada masa untuk bersendiri samada untuk tujuan berfikir, menambah ilmu pengetahuan dan yang paling penting membina hubungan dalaman(spiritual/rohaniah) dengan maha pencipta. Bagi orang muslim sudah tentunya punya masa yang berkualiti dalam beribadah kepada Allah swt.
 

Walaupun video ini sudah beredar lama namun admin fikir masih ada lagi yang belum tengok. Admin baru letakkan sarikata bahasa Melayu(edited dari caption asal oleh WsWa) dan upload semula supaya mereka yang belum tengok, yang hanya faham bahasa Melayu  boleh tonton dan mendapat manfaat.
 
Bebas share dan komen.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here