Sample Video Widget

Download google chrome

Serangan Amerika di Syria - Kunci kepada Pintu Peperangan Dunia Ke-3





Jika berita ini benar maka hari ini, Khamis 29hb Ogos 2013 akan menjadi satu tarikh bersejarah dunia apabila Amerika dan sekutunya memulakan kempen ketenteraan keatas Syria. Bila ini terjadi maka bermulalah episod Perang Dunia Ketiga.

-------

DAMASKUS - Salah satu surat kabar Arab, Al-Quds Al Arabiya memberitakan bahwa dalam waktu 48 jam akan datang (berakhir malam Khamis waktu tempatan @ Malam Jumaat) akan terjadinya perang dunia ketiga di abad ke-21. Hal ini dianalisa ketika Amerika Syarikat(AS) telah menyiapkan pasukan melalui angkatan laut dan udaranya tanpa menunggu konferens antarabangsa Dewan Keamanan PBB.

AS telah melabuhkan empat kapal perang ke Laut Mediteranian timur. Namun, belum ada perintah dari Obama untuk melakukan serangan.

Mendengar hal ini, Mujahidin Daulah Islam Iraq dan Syam (ISIS) bergerak menghimpunkan kumpulan Mujahidin di Syria bersiap-siap untuk merapatkan barisan di bawah bendera Islam dan Syariah. Komando berada ditangan ISIS. Mereka mengarahkan setiap markas dirahsiakan daripada umum, termasuk tempat latihan dan perakitan senjata.

Mujahidin akan melindungi bangunan mahkamah Syria yang telah ditawan dan markas Mujahidin Media, karana AS telah merancang untuk menyerang kedua tempat penting ini.

Seorang wartawan bernama Bari Atwan mengatakan bahwa dalam jangka waktu 48 jam akan ada peristiwa yang sangat menggemparkan dalam sejarah modern Timur Tengah dan dunia.

Persiapan serangan Amerika adalah hasil daripada pertemuan antara pemimpin ketenteraan Amerika, Perancis, UK, Arab Saudi dan Qatar pada 26hb Ogos di Amman.

AS sudah bersedia untuk menyerang bandar dan pangkalan tentera Assad, selain itu AS juga bakalmenyerang markas-markas Mujahidin dan bangunan mahkamah Syariah. Terutama Kelompok-kelompok Mujahidin yang punya rangkaian dengan Al-Qaeda.

Rusia, Iran dan China sebagai sekutu Bashar Al Assad tidak akan berdiam diri jika AS menyerang tentara Syiah Assad. Jika benar AS masuk campur dalam konflik Syria, maka negara-negara sekutu Bashar Al Assad akan turut ambil bahagian.

Basyar dalam responnya terhadap persediaan ketenteraan AS ini membalas yang dia akan menyerang Israel dengan senjata cruise missles-nya. Ini menyebabkan Israel turut menempatkan kelengkapan anti-missle disempadanan Syria.

Kini tentera AS dan sekutunya hanya menunggu arahan daripada Obama. Jika lampu hijau diterima lewat hari ini waktu Malaysia maka secara rasminya Obama telah membuka kunci kepada pintu peperangan dunia ke-3.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here