Sample Video Widget

Download google chrome

Islam di Korea Selatan



Admin kira ramai yang dah tonton video ni, tapi admi nak share jugak kat sini supaya mereka yang terlepas pandang atau takde aksese ke utube tu dapat tonton di wall fb ni.

Video dari Korea Today ini memaparkan perkembangan saudara Islam kita yang berada di Korea Selatan ketika ini.

Dianggarkan ada seramai 135,000 orang muslim di Korea Selatan 35,000 daripadanya adalah penduduk tempatan manakala selebihnya adalah warga asing yang duduk disana.

Antara kemasukan awal ajaran Islam di Korea Selatan adalah ketika kemasukan pasukan bantuan ketenteraan dan perubatan dari Turki selepas tamat perang Korea sekitar tahun 1950an.

Ada juga syarikat-syarikat multinational Korea yang membuka cawangan di timur tengah, sebahagian dari mereka telah memeluk Islam dan membawa ajaran ini bersama apabila mereka pulang ke Korea.

Pada masa kini, ramai anak muda dan golongan professional terutamanya terdedah dengan bahan bacaan atau bercampur gaul dengan rakan-rakan Islam, dapat membuat kajian awal mereka sendiri sebelum mereka secara sukarela memeluk Islam.

Subhanallah, sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan DIA jualah yang memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here