Sample Video Widget

Download google chrome

Isu Menolak Vaksinisasi



Media Arus Perdana sudah mula memberi perhatian serius.
Semenjak dua menjak ni surat khabar media arus perdana sudah mula menulis mengenai isu ini.
Kelmarin di surat khabar berbahasa inggeris, semalam pula di Utusan dengan tajuk 'Antara vaksinisasi atau khurafat'.
Artikel boleh jenguk disini : http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130612/re_05/Antara-vaksinasi-atau–khurafat#ixzz2W3F45CS4

Antara point dari artikel tersebut ialah,
1. bidang vaksinisasi ini bukan bidang ahli ugama(merujuk kepada segelintir ahli ugama yang tidak bersetuju dengan program vaksinisasi), lagi-lagi untuk ibubapa yang tiada latar belakang pendidikan perubatan.
2. penolakan adalah hasil daripada pengaruh teori konspirasi yang tidak berasas.
3. pengaruh media sosial yang memburukkan kesan sampingan vaksinisasi yang dianggap isu terpencil kerana tiada sokongan data yang boleh dipercayai.

Bagi membidas hujah artikel yang dikeluarkan diatas, hari ini admin nak share nukilan seseorang yang punya sedikit kreadibiliti dalam bidang ini iaitu Dr. Suriyakhatun.
Beliau adalah seorang doktor perubatan yang berdaftar dengan MMC dan juga Homeopath dan naib president Majlis Homeopathy.
Beliau seperti yang lain hanya sekadar memberikan informasi bukan menyuruh atau menghasut pembaca untuk memilih keputusan tertentu. Pilihan tetap ditangan pembaca/ibubapa.

Didalam fanpage beliau ada dilepaskan beberapa artikel berkaitan dengan isu pelalian/vaksinisasi, disini saya kepilkan salah satu darinya.

-----mula artikel----
Pelalian Bahagian 5

Seperti yang disebut di bahagian 4, sejarah pelalian bermula dengan mengunakan nanah dari pesakit small pox dengan mencalarkan kulit dan mengosok nanah atas calar tersebut. Mungkin kita seram dengar ini tapi itulah hakikatnya ikhtiar manusia dalam zaman kurang pengetahuan tentang banyak perkara termasuklah tentang virus dan bakteria . Sejak dari zaman itu sekitar akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 ilmu sains telah banyak berkembang dan cara untuk melemahkan virus ( attenuate) dan membersihkannya dari bahan kontaminant seperti virus lain dan bakteria telah dapat dilakukan. Maka proses untuk hasilkan pelalian melalui ujian demi ujian dan dikaji dan dilakukan trials untuk pastikan tahap keselamatan yang tinggi . Namun, masih juga ada kesan sampingan, tidak pada majoriti anak yang diberi pelalian tetapi kepada segilintir yang sistem immune tidak optima . Ada juga masaalah yang timbul bukan kerana bahan vaksin itu sendiri tetapi dari pengawet yang digunakan termasuk thiormersol dan juga aluminium. Juga menjadi kontroversi adalah penggunaan medium pembiakkan yang boleh mengandungi bahan kontaminant seperti tisu dari binatang . Lagi sekali saya ulangi, bagi pihak kerajaan dan pihak kementrian kesihatan , mudarat dapat diterima untuk kebaikkan majoriti . Bagi ibu bapa yang terpaksa hadapi anak yang menjadi ' vaccine damaged' ini satu trajedi sepanjang hayat !

---tamat artikel--

Lain-lain artikel dari Dr. Suriyakhatun boleh jenguk difanpage beliau disini :
https://www.facebook.com/Dr.Suriyakhatun

Komen admin:
Kalau kita kata teori konspirasi mengenai penguasaan pemodal luar negara terutamanya dalam bisnes bidang perubatan dan farmaseutik adalah karut dan tidak berasas, maka ada baiknya kita perlu lebih banyakkan lagi membaca.

Antara sebab kes-kes kesan sampingan vaksinisasi dilihat sebagai terpencil sebab kebanyakan kes dan pendedahan(dari mereka yang punya kredibiliti) yang dibuat mendapat tekanan dan kerap cuba digelapkan dari media arus perdana. Perkara ini menyebabkan ramai daripada mereka yang makan gaji/punya bisnes bidang ini lebih selesa tutup mulut.

Ramainya ibubapa sendiri juga tidak tahu jenis-jenis simtom yang sepatutnya mereka harus tahu. Yang biasa doktor sebut ialah "demam lepas cucuk, biasa la demam panas, nanti bagi ubat demam ni baik lah".

Kebanyakan informasi mengenai kandungan vaksinisasi serta kebarangkalian kesan sampingan yang tepat tidak sampai kepada ibubapa. Begitu juga dengan pemberitahuan saluran balas kes vaksin ini sekira berlakunya kesan sampingan. Kerap kali kesan sampingan ini mengambil masa, pada waktu ini ibubapa yang tidak ada pengetahuan sudah tentu tidak akan menyangka vaksin adalah punca kepada masalah kesihatan anak mereka. Bila ini berlaku maka tiada lah data yang masuk kedalam sistem maklum balas pihak berwajib. Apa yang kita nampak 95% hasil program vaksinisasi adalah bagus.

Kerap kali juga pihak tersebut menggunakan data dari luar negara. Sama juga kesnya, dan sebenarnya kadar kesedaran ibubapa diluar negara terutamanya di negara maju seperti di UK dan Amerika lah yang paling tinggi. Mereka sedar yang mereka menjadi bahan ujian dan mangsa kepada pemodal dan syarikat besar yang hanya mahu menjadikan rakyat sebagai "pelanggan" mereka.

Kita di Malaysia ini masih lagi ok, masih ada tentangan dari pihak pemerintah/berwajib terhadap pengaruh negatif yang jelas dari luar. Mana vaksin yang nyata punya kandungan bahan yang nyata membawa mudarat besar kita tolak. Cuma bila sampai satu tahap program vaksinisasi ini boleh memberikan satu tekanan yang sangat tinggi kepada pihak berwajib, maka pada waktu itu mereka akan terpaksa membuat keputusan yang sangat sukar. Minta dijauhkan dan berdoa agar kita semua terus dilindungi dari sebarang wabak penyakit.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 GuaTv.com All Right Reserved
Best view in Chrome browser. Download Chrome for mobile here